SEKSYEN PEMBANGUNAN APLIKASI & LAMAN WEB
- Merancang, mengkaji, membuat perolehan, mengurus, merekabentuk, membangun, menaiktaraf, melaksana dan menyenggara sistem aplikasi JWP;
- Merancang, mengkaji, membangun, menyelenggara, mengemaskini dan memantau portal rasmi JWP;
- Merancang, mengkaji, merekabentuk, membangunkan bahan multimedia bagi latihan sistem aplikasi, program jabatan dan hebahan maklumat ICT;
- Menyedia, membangun, menyemak dan meluluskan dokumentasi berkaitan pembangunan aplikasi seperti dokumen perjanjian, laporan projek, laporan pemantauan pelaksanaan, SOP dan manual pengguna;
- Mengurus prosedur pelaksanaan ISMS di bawah pengurusan sistem aplikasi;
- Melaksanakan aktiviti pengukuhan ke atas aplikasi berdasarkan penemuan dari penilaian keselamatan;
- Mengguna, mentadbir, menyelaras, memantau dan melaporkan status kemajuan pelaksanaan inisiatif digital dan perkhidmatan End-To-End (E2E) kepada Agensi Pusat;
- Menyediakan latihan penggunaan sistem aplikasi dan Training of Trainers (TOT) kepada pentadbir dan pengguna sistem; dan
- Menyertai program inovasi dan latihan bagi meningkatkan kompetensi pegawai dan prestasi inisiatif ICT jabatan.