SEKSYEN SOSIAL DAN KOMUNITI
- Memastikan warga Wilayah Persekutuan yang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah menghuni kediaman yang selesa dengan persekitaran yang kondusif melalui penetapan dasar berkaitan perumahan awam kos rendah di Wilayah Persekutuan;
- Meningkatkan pengupayaan dan penyertaan masyarakat bandar dalam pembangunan Wilayah Persekutuan melalui struktur pentadbiran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan; dan
- Mewujudkan masyarakat yang seimbang dari aspek sosial dan kerohanian yang berteraskan nilai-nilai murni melalui program - program pembangunan insan dan komuniti;