Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 


LAGU & BENDERA



Bendera Wilayah Persekutuan

CIRI-CIRI BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN

Menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.

  • Kuning : Kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan.
  • Biru : Perpaduan, keikhlasan, dimuliakan dan kedaulatan.
  • Merah : Semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
  • Jata Negara : (Lambang harimau berjuang) melambangkan Wilayah Persekutuan.
  • Tiga (3) Bintang : Di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.

LAGU RASMI WILAYAH PERSEKUTUAN

Senikata lagu Maju dan Sejahtera memenuhi hasrat kehidupan warga Wilayah Persekutuan.

  • Maju mencerminkan kemajuan yang dicapai dari segi ekonomi, politik, sosial, rohani, psikologi dan budaya.
  • Sejahtera dari segi aspek berikut :
    • Bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai infrastrukur yang terancang dan berkualiti;
    • Sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat;
    • Keselamatan awam yang terjamin dan kemudahan rekreasi untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat;
    • Keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat untuk membentuk komuniti yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi;
    • Pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan bersikap toleransi;
    • Pencapaian ekonomi dan peluang pekerjaan untuk masyarakat; dan
    • Nilai kebersihan, keselesaan dan penjagaan alam sekitar.

    LIRIK LAGU RASMI WILAYAH PERSEKUTUAN

    "MAJU DAN SEJAHTERA"

    Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
    Maju Membangun Dijulang Megah
    Aman Sentosa Disepanjang Masa
    Teguh Disemai Sentiasa
    Membara Semangat Setiap Warganya
    Cergas Mindanya Semangat Waja
    Pada Wilayah Ditumpah Setia
    Hormat Hormati Penuh Mesra
    Bersatulah
    Berbaktilah
    Semua Warga Wilayah
    Sayangilah
    Lindungilah
    Sepenuh Jiwa Raga
    Kita Jaga Keharmonian Semua
    Maju Sejahtera
    Wilayah Persekutuan