Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 


Objektif


  • Melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada 'stakeholders' menerusi pembentukan dasar, perancangan strategik dan pelaksanaan program pembangunan yang bersepadu;

  • Mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan melalui Pendekatan 'hands on', mesra rakyat, penggunaan ICT yang meluas dan pewujudan ' one stop centre';

  • Memastikan penyelarasan dan keseragaman pengurusan serta pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan-Badan Berkanun (BBB) adalah berasaskan kepada dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh kementerian ke arah mewujudkan PBT dan BBB yang berdikari terutamanya dari segi kewangan;

  • Menjana pertumbuhan ekonomi yang berterusan melalui Pelan Pembangunan Wilayah Persekutuan yang mapan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan;

  • Memastikan pembangunan di Wilayah Persekutuan adalah terkawal tanpa menjejaskan alam sekitar;

  • Memastikan pengurusan bandar seperti aspek kebersihan, pengurusan dan pelupusan sisa pepejal dan penyelenggaran parit dan longkang adalah pada tahap yang terbaik;

  • Mempertingkatkan sistem pengairan dan saliran terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembah Klang bagi mengatasi masalah banjir;

  • Memastikan program-program dan kemudahan-kemudahan dalam bidang pelancongan dilaksanakan dengan sistematik ke arah menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai pusat pelancongan yang utama berasaskan pusat berbelanja, pendidikan dan kesihatan;

  • Merealisasikan hasrat untuk menjadikan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai bandar dalam taman;

  • Meminimumkan masalah kemiskinan tegar di Wilayah Persekutuan melalui program-program yang boleh meningkatkan tahap pendapatan penduduk;

  • Mewujudkan lebih banyak pusat petempatan yang kondusif untuk keselesaan dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat;

  • Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan penggunaan kendaraan sendiri bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;

  • Memperbanyakkan pembinaan kemudahan-kemudahan untuk masyarakat seperti Pusat Kegiatan Masyarakat, Wanita dan Belia bagi memastikan Program-Program Pembangunan Insan dan Komuniti dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan; dan

  • Memperbanyakkan dan mempelbagaikan Program-Program Pembangunan Insan, Komuniti dan Keselamatan bagi mengatasi masalah sosial dan jenayah.