SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
UNIT PEMBANGUNAN ORGANISASI
- Melaksana kajian semula program dan aktiviti jabatan dan agensi-agensi;
- Menjalankan kajian dan perakuan cadangan penyusunan semula agensi-agensi JWP;
- Menjalankan kajian keperluan dan pewujudan jawatan baru;
- Merancang pembangunan organisasi Jabatan (succession planning);
- Menjalankan kajian cadangan pemansuhan jawatan dan penggredan semula jawatan;
- Mengumpul, menyedia dan menyelaras maklumat perjawatan JWP dan agensi;
- Melaksana kajian skim perkhidmatan di JWP dan agensi; dan
- Menjalankan naziran perjawatan di JWP dan agensi
UNIT HRMIS
- Menyelaras dan memantau perlaksanaan HRMIS di peringkat Jabatan dan agensi, khususnya aktiviti-aktiviti prapelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan sesuatu modul/ submodul HRMIS;
- Memastikan semua data asas HRMIS disahkan (Group Verifier) dan sentiasa kemas kini;
- Melantik pemilik proses dari kalangan pegawai-pegawai Pengurusan Sumber Manusia bagi setiap modul yang telah dilaksanakan mengikut Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam;
- Sebagai point of reference kepada pengguna agensi dalam pelaksanaan HRMIS;
- Bertindak sebagai Meja Bantuan HRMIS (Helpdesk Level 0) iaitu menyelesaikan masalah/ aduan pengguna di Jabatan dan agensi berkaitan pengoperasian aplikasi HRMIS;
- Menguruskan latihan aplikasi HRMIS kepada pengguna dan membangunkan kepakaran untuk menggunakan aplikasi HRMIS di Jabatan dan agensi-agensinya;
- Bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Pelaksanaan, Pasukan Teras dan Pasukan Jaguh di peringkat Jabatan dan agensi-agensi seliaannya;
- Menyelaras penyediaan infrastruktur yang diperlukan seperti kemudahan tapak capaian/ bilik, pendawaian punca kuasa dan rangkaian bagi pelaksanaan HRMIS;
- Bertindak sebagai pusat rujukan data agensi (melalui Sistem EIS yang dijana oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA); dan
- Menyediakan laporan status pelaksanaan dan bilangan login HRMIS di peringkat Jabatan dan agensi dari semasa ke semasa.
UNIT KOMPETENSI
- Merancang program latihan Jabatan;
- Membangunkan kurikulum dan program latihan Jabatan;
- Menjalankan program-program latihan peringkat Jabatan;
- Menyelaras penyertaan kursus berjadual anjuran institusi latihan awam dan swasta;
- Menyelaras penyertaan JWP bagi kursus di luar negara;
- Mengurusetiakan Jawatankuasa Penyelarasan Latihan Jabatan dan Agensi;
- Menyediakan Laporan–laporan latihan;
- Mengemaskini pangkalan data latihan Jabatan;
- Menyediakan Perancangan Strategik Pembangunan Sumber Manusia;
- Merancang, menyelaras dan melaksana Peperiksaan Jabatan;
- Merancang dan mengendalikan pelaksanaan PTK JWP;
- Bertindak sebagai perwakilan Jabatan dalam Lembaga Penilaian Kompentensi Agensi-Agensi JWP;
- Melaksanakan pemantauan pelaksanaan PTK peringkat Agensi;
- Mengemaskini pangkalan data peperiksaan dan PTK Jabatan (bank soalan);
- Menyediakan Laporan peperiksaan dan PTK;
- Memberi Khidmat Nasihat berkaitan kompentensi.
UNIT DARJAH KEBESARAN & FUNGSI KHAS
- Menguruskan fungsi-fungsi khas Menteri Wilayah Persekutuan yang termaktub di dalam Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969 (Pindaan 2004) seperti perintah tahanan oleh yang di-pertuan Agong di bawah Kanun Tatacara Jenayah;
- Menguruskan pencalonan untuk pengurniaan pingat/ darjah kebesaran ke peringkat Persekutuan/Negeri;
- Menguruskan urusan perlantikan jawatan-jawatan dan perkara-perkara pentadbiran di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190);
- Melaksanakan urusan-urusan perlantikan jawatan-jawatan dan perkara-perkara pentadbiran di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta536);
- Menguruskan urusan perlantikan jawatan-jawatan dan perkara-perkara pentadbiran di bawah Akta Perbadanan Labuan 2001(Akta 609).
UNIT PENGURUSAN PRESTASI
- Merancang dan menyelaras urusan kenaikan pangkat pegawai dan kakitangan JWP;
- Mengurus pinjaman/ tukar perkhidmatan dan pertukaran sementara;
- Melaksanakan urusan tatatertib personel JWP;
- Menyelaras urusan pengisytiharan harta personel;
- Mengurusetiakan Panel Pembangunan Sumber Manusia JWP.
UNIT PERKHIDMATAN
- Merancang dan mengurus pengisian jawatan di bawah perwakilan kuasa SPA;
- Melaksanakan urusan pengesahan dalam lantikan, pengesahan jawatan dan pemberian taraf berpencen;
- Merancang dan mengurus penempatan personel Jabatan;
- Mengurus dan memproses permohonan ke luar negeri;
- Mengurus pencen dan penerimaan faedah persaraan;
- Mengurus cuti personel berdasarkan Perintah Am Bab C;
- Melaksanakan Penyelarasan Gaji;
- Menyelaras dan memproses urusan tanggung kerja.
UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI
- Melaksanakan dasar perkhidmatan psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia bagi membangunkan pegawai-pegawai di jabatan yang berintegriti dan berprestasi tinggi;
- Mengaplikasi penyediaan psikologi dalam aspek penilaian personel, pembangunan personel, penyelidikan psikologi, dan intervensi melalui program-program psikologi dan kaunseling;
- Melaksanakan Dasar-dasar Perkhidmatan Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Melalui Pendekatan Pembangunan, Pencegahan Dan Pemulihan;
- Merancang Dan Melaksana Keperluan Perkhidmatan Psikologi Di Jabatan;
- Memastikan Pelaksanaan Dan Keberkesanan Perkhidmatan Psikologi Di Jabatan;
- Menyampaikan Perkhidmatan Psikologi Berdasarkan Kod Etika Kaunselor Dan Psikologi.