SEKSYEN DASAR DAN ANTARABANGSA
UNIT DASAR DAN PERUNDANGAN
- Meneraju penggubalan dasar berhubung core business Jabatan (Think Tank);
- Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dasar dan Strategi;
- Menilai dan menambah baik dasar serta garis panduan sedia ada berasaskan 'best practices' dan 'benchmarking';
- Menggubal Pelan Strategik Jabatan dan memantau pelaksanaan;
- Menyelaras input bagi penggubalan Rancangan Malaysia Lima Tahun;
- Mengurusdan menyediakan maklum balas bagi keputusan mesyuarat majlis peringkat Negara, Memorandum Jemaah Menteri, draf dasar dan garis panduan yang disediakan oleh Kementerian lain;
- Menyelaras aspek dasar dalam proses penggubalan dan pindaan undang-undang bagi Wilayah Persekutuan termasuk akta, undang-undang kecil, kaedah dan peraturan;
- Menjalankan kajian khas dan kajian awal terhadap isu-isu berkaitan dasar di Wilayah Persekutuan mengikut arahan semasa;
- Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan peraturan (RIA); dan
- Menyelaras Program OBB JWP.
UNIT HAL EHWAL ANTARABANGSA
- Merancang dan mengurus hubungan kerjasama dua hala dan pelbagai hala di peringkat antarabangsa;
- Merancang dan mengurus penyertaan JWP dan agensi di dalam program dan aktiviti pertubuhan serantau dan antarabangsa;
- Menyelaraspermohonan untuk bantuan kewangan dan kepakaran dari pertubuhan serantau dan antarabangsa bagi tujuan kajian dan capacity building;
- Menyelaras input mengenai dasar, aktiviti dan program JWP bagi tujuan taklimat kepada pelawat antarabangsa (in-bound);
- Menyelaras lawatan-lawatan JWP keluar negara di peringkat Menteri dan pegawai pengurusan tinggi (out-bound); dan
- Mengurus maklum balas hal ehwal antarabangsa yang melibatkan JWP.