Apakah outcome yang diharapkan daripada pelaksanaan program Pasport 50WP?
Peningkatan Kesedaran Sejarah dan Warisan: Salah satu harapan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai sejarah dan warisan Wilayah Persekutuan. Dengan meneroka tempat-tempat bersejarah, masyarakat dapat memahami lebih mendalam tentang latar belakang, warisan dan sejarah Wilayah Persekutuan.
Sense of Belonging: Memupuk rasa sayang dan cinta yang mendalam dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan dalam membangunkan Wilayah Persekutuan supaya terus maju dan sejahtera.
Promosi Pelancongan Domestik: Melalui program ini, harapannya adalah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia, terutama mereka yang tinggal di luar Wilayah Persekutuan, untuk berkunjung dan meneroka tarikan-tarikan di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.
Pendidikan dan Penerokaan: Program ini memberikan peluang kepada peserta, terutama generasi muda, untuk belajar lebih lanjut tentang tempat-tempat menarik dan tersembunyi di Wilayah Persekutuan.
Memberi Kembali kepada Komuniti: Program ini dapat memacu perkembangan ekonomi tempatan yang mendapat manfaat dari program ini, khususnya sektor-sektor yang berkaitan dengan hospitaliti, makanan, dan perkhidmatan.