Apakah program Pasport 50WP?
Program Pasport 50WP ini adalah Roadmap Challenge yang mengajak orang ramai untuk menerokai 50 lokasi (checkpoints) bersejarah, tersembunyi (unsung places) dan memukau (hidden gems) di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan dari 1 Oktober 2023 sehingga 25 Februari 2024.
Program ini adalah salah satu daripada pengisian utama dalam Sambutan 50 Tahun Wilayah Persekutuan.