Bagaimana orang ramai boleh menyertai Pasport 50WP?
Peserta perlu mendapatkan Pasport 50WP (fizikal) yang boleh didapati secara percuma di “Pickup-Point” yang tersenarai di laman sosial rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
Seterusnya peserta boleh memulakan pengembaraan mereka ke mana-mana “Checkpoint” tanpa mengikut turutan dalam senarai. Peserta perlu mengambil selfie setelah tiba di "Checkpoint" dengan berpandukan posting laman sosial rasmi JWP mengenai ‘angle’ selfie di lokasi.
Peserta perlu mengimbas QR Code di Pasport 50WP untuk mengakses Checkpoint Submission Form dan isi semua maklumat serta muatnaik selfie. Seterusnya peserta akan menerima emel pengesahan penerimaan Checkpoint Submission Form. Emel tersebut perlu ditunjukkan kepada pegawai yang menjaga cop di “Stamp-Point” yang perlu diambil oleh peserta untuk melengkapkan Pasport 50WP masing-masing. Satu emel untuk setiap checkpoint akan mewakili satu cop. Kunjungi 50 checkpoints untuk mengumpul kesemua 50 cop dan berpeluang menang hadiah.