Apakah antara syarat penyertaan Pasport 50WP?
- Program Pasport 50WP ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Bagi peserta berumur 7 tahun hingga 17 tahun perlu berada di bawah penjagaan dan pengawasan ibu bapa atau penjaga sepanjang masa.
- Setiap individu hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
- Peserta perlu menggunakan nombor telefon bimbit dan alamat emel yang sama sepanjang menyertai program.
- Peserta perlu imbas QR Code Final Submission Pasport 50WP yang akan dimuat naik di laman rasmi media sosial Jabatan Wilayah Persekutuan pada 24-25 Februari 2024.
- Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta yang melanggar mana-mana terma & syarat bertulis.
- Maklumat terperinci mengenai terma dan syarat boleh didapati di laman sesawang Jabatan Wilayah Persekutuan (www.jwp.gov.my).
Peserta juga dinasihatkan untuk melayari laman sesawang dan media sosial rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan dari masa ke masa untuk menyemak sebarang perubahan.