Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


BANJIR KILAT KUALA LUMPUR: LANGKAH MITIGASI, KESIAPSIAGAAN DIPERTINGKAT

YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, telah menghadiri Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Banjir Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

Dalam mesyuarat tersebut, DBKL membentangkan pelbagai inisiatif pengurusan risiko banjir kilat di ibu negara, meliputi pembangunan infrastruktur mitigasi, penyelenggaraan sistem saliran, pemantauan awal serta penyelarasan tindakan bersama agensi berkaitan.

Hasil pelaksanaan pelbagai projek mitigasi, jumlah hotspot banjir kilat di Kuala Lumpur berjaya dikurangkan daripada 31 lokasi pada tahun 2022 kepada 14 lokasi pada tahun 2026.

DBKL akan terus memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan tindak balas bagi memastikan Kuala Lumpur lebih berdaya tahan terhadap ancaman banjir kilat demi keselamatan dan kesejahteraan warga kota.