Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PEMBANGUNAN BANDAR BERPAKSIKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT ✨

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyampaikan ucapan dasar pada National Planning Congress 2026 yang berlangsung di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersempena dengan sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia.

Dalam ucapan, YB Menteri menekankan bahawa perancangan bandar yang berkesan bukan hanya diukur melalui pembangunan infrastruktur dan kemajuan fizikal, tetapi juga berdasarkan sejauh mana kemudahan serta persekitaran bandar dapat memenuhi keperluan kehidupan masyarakat.

Kepentingan tadbir urus yang telus, penglibatan komuniti dan kecekapan pelaksanaan juga penting dalam memastikan setiap perancangan pembangunan memberikan manfaat kepada rakyat.

Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, pendekatan pembangunan perlu mengambil kira keunikan, cabaran serta keperluan setiap wilayah, termasuk aspek penyediaan infrastruktur, kemudahan awam, kelestarian persekitaran dan kesejahteraan penduduk.