Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


DI SEBALIK KEMERIAHAN DEEPAVALI, KOMITMEN KEBAJIKAN TERUS DIPERKUKUH

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah meluangkan masa menyantuni masyarakat di Bazar Mega Deepavali 2026, Brickfields, Kuala Lumpur serta melihat persiapan menjelang sambutan perayaan tersebut.

Dalam kesempatan itu, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai komitmen Kerajaan dalam memperluas bantuan kepada masyarakat India yang merangkumi aspek kebajikan, pendidikan, keusahawanan dan pembangunan sosial melalui pelbagai inisiatif serta agensi kerajaan.

Lebih daripada sekadar perayaan, Deepavali mengingatkan kita tentang nilai kasih sayang, kebersamaan dan kepentingan saling menghormati. Inilah keindahan Malaysia, apabila kepelbagaian diraikan dan kesejahteraan setiap lapisan masyarakat terus diberi perhatian.

Turut hadir YB Puan Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi; YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital; YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia; YB Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara; YBhg. IG Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara serta YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.