🏆 TAHNIAH DBKL DAN PPJ!
05 November 2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Perbadanan Putrajaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kejayaan meraih pengiktirafan menerusi Anugerah Penarafan Bandar Pintar Malaysia 2026 dan Anugerah Bandar Mampan 2026.
🏅 DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
1. Anugerah Khas SDG 16
Leading in Urban Planning Governance Transformation
2. Anugerah Penarafan Bandar Pintar Malaysia 2026
Tahap 2: Bandar Pintar Dinamik (Developing Smart City)
🏅 PERBADANAN PUTRAJAYA
1. Anugerah Bandar Paling Mampan 2026
2. Anugerah Penarafan Bandar Pintar Malaysia 2026
Tahap 3: Bandar Pintar Unggul (Leading Smart City)
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen dan usaha berterusan kedua-dua pihak berkuasa tempatan dalam memperkukuh tadbir urus bandar, menerapkan inovasi serta memperkasa pembangunan bandar Wilayah Persekutuan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan, memperkukuh pembangunan bandar dan memastikan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan terus menjadi keutamaan.
Sumber : PLANMalaysia