SK BEBULOH MENUJU KE ARAH PENDIGITALAN: 1 AMANAH, 1,000 HARAPAN
13 November 2026
Sekolah Kebangsaan Bebuloh, WP Labuan telah dipilih sebagai Sekolah Angkat MADANI Jabatan Wilayah Persekutuan bagi tahun 2026. Melalui inisiatif ini, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100,000.00 untuk melaksanakan pelbagai skop projek dan program, antaranya menyediakan perkakasan ICT seperti Smart TV, Smart Board, penyelenggaraan penghawa dingin Pusat Sumber Sekolah serta pondok membaca murid "Maitah Bedudun
Pelaksanaan program dimulakan pada 1 Mei 2026 dan telah selesai sepenuhnya dalam tahun semasa, hasil kerjasama, sokongan padu dan permuafakatan erat antara Jabatan Wilayah Persekutuan dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan bagi memastikan kemenjadian murid ke arah pendidikan digital khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.
Majlis Peluncuran dan Penyerahan Program Sekolah Angkat MADANI: SK Bebuloh telah diadakan pada 13 November 2026 dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayaha Persekutuan dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Ismail, KPE Perbadanan Labuan, YBrs. Encik Yahya bin Ahmad Puteh, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, YBrs. Encik Maidan Dali @ Sumardi bin Yusoff, Guru Besar SK Bebuloh, wakil-wakil komuniti dan PIBG serta pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan & Jabatan Wilayah Persekutuan
Semoga inisiatif murni ini dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik, murid-murid di SK Bebuloh serta masyarakat setempat.