[ππππππ #ππππππππ] PROGRAM EDARAN BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN & 10,000 LANGKAH KAMPONG BHARU
17 Januari 2026
Program Edaran Bendera Wilayah Persekutuan & 10,000 Langkah Kampong Bharu sempena Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).
Program ini menghimpunkan komuniti Kampong Bharu melibatkan KRT, persatuan, NGO, surau serta warga kerja PKB dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat.
Pelaksanaan program merangkumi sesi flag-off di hadapan pejabat PKB serta edaran bendera di sekitar jalan-jalan utama Kampong Bharu melibatkan premis perniagaan, kenderaan dan orang ramai.
Penganjuran program ini bertepatan dengan tema Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026, βWilayah Persekutuan Kitaβ, yang menekankan kebersamaan komuniti dan rasa bangga terhadap Wilayah Persekutuan.