Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


CAJ TAPAK BAZAR RAMADAN KUALA LUMPUR TAHUN 2026 LEBIH RENDAH

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), mengumumkan penurunan kadar caj maksimum tapak Bazar Ramadan 2026 di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada RM400 sahaja.
Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam meringankan beban peniaga kecil serta memastikan kebajikan peniaga tempatan terus terpelihara menjelang Ramadan. Bagi tahun 2026, pengurusan Bazar Ramadan dilaksanakan menerusi model pengurusan hibrid, dengan DBKL bertindak sebagai pihak kawal selia dan penguatkuasaan, manakala persatuan peniaga menguruskan operasi harian.
Kerajaan turut menegaskan bahawa caj berlebihan dan amalan tidak beretika adalah dilarang, dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan.Kerajaan MADANI kekal komited memastikan penganjuran Bazar Ramadan yang adil, telus dan berdaya maju.