Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


KUNJUNGAN HORMAT JWP KE KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (KPKM)

YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Kunjungan ini bertujuan membincangkan isu keterjaminan makanan di Wilayah Persekutuan serta hasrat JWP untuk menganjurkan Mini MAHA Labuan sebagai salah satu inisiatif strategik.
Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh agenda keselamatan makanan, menyokong pembangunan agroprenur bandar serta merancakkan rantaian nilai makanan dan agropelancongan di Labuan.
Turut hadir YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan.