YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Mohd Amirul Rizal bin Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengemukakan cadangan kerjasama strategik antara JWP dan Tourism Malaysia berkaitan inisiatif utama JWP dalam meningkatkan daya tarikan serta mempromosikan sektor pelancongan di Wilayah Persekutuan terutamanya Labuan.
Kerjasama ini dapat memperkukuh usaha bersama dan memberi manfaat berterusan kepada pembangunan produk-produk pelancongan di Pulau Labuan.