Selesai rutin Perhimpunan Pagi Mingguan warga Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar Rukun Negara, selaras dengan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2025 yang menggariskan bahawa semua penjawat awam perlu melafazkan ikrar Rukun Negara sekurang-kurangnya sekali seminggu sebagai langkah memperkukuh semangat patriotisme, taat setia dan integriti dalam perkhidmatan awam.
Bacaan ikrar ini menjadi manifestasi komitmen kita terhadap nilai-nilai utama perpaduan dan kedaulatan negara.