Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


[ππŽπ“π‘π„π“ #π’π‡π–ππŸπŸŽπŸπŸ”] MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KIBAR BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN PERINGKAT WP PUTRAJAYA✨

Putrajaya meriah dengan kibaran bendera sempena Majlis Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan Peringkat WP Putrajaya yang telah berlangsung dengan jayanya di Tapak Lepak@11, Presint 11. Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya.

Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti komuniti termasuk Langkah Ceria @ Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pelancaran BeST @ Lepak 11, Penyerahan Sumbangan Tautan Kasih SHWP 2026 serta Perasmian Pasar Minggu @ Lepak 11.

Semoga penganjuran program seumpama ini dapat terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan komuniti serta memupuk rasa bangga dan cintakan Wilayah Persekutuan dalam kalangan warga Putrajaya.

Turut hadir YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (PPe), Jabatan Wilayah Persekutuan, YBrs. En. Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan serta pengurusan kanan PPJ dan JWP.Β