YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Pintar Wilayah Persekutuan Bil. 1 Tahun 2026 pada 5 Mei 2026.
Mesyuarat ini menegaskan komitmen strategik terhadap “Agenda Bandar Pintar Malaysia: Aspirasi Negara Pintar 2040” oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Unit Pusat Perancangan Bandar Pintar (PLAN-BP), PLANMalaysia. Usaha ini diperkukuh oleh peranan KPKT serta disokong dengan pembentangan pelaksanaan pembangunan bandar pintar di Negeri Johor oleh PLANMalaysia Johor.
Turut dikongsikan dalam mesyuarat, status pelaksanaan inisiatif bandar pintar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan serta usaha memperkukuh hala tuju MySmart Wilayah 2030 selaras dengan indikator MS ISO 37122:2019 ke arah pembangunan bandar pintar yang lebih mampan, berdaya tahan dan berteraskan data.
Mesyuarat ini telah diurusetiakan oleh Bahagian Perbandaran dan Khidmat Teknikal, Jabatan Wilayah Persekutuan.