244 PENIAGA PUTRAJAYA NIKMATI DISKAUN SEWA 30% BERMULA JUN INI
25 Mei 2026
1. Perbadanan Putrajaya akan melaksanakan pengurangan kadar sewa bulanan sebanyak 30% kepada peniaga medan selera, kios dan pasar miliknya.
2. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 244 peniaga kecil di Putrajaya dan akan dilaksanakan selama 12 bulan bermula 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2027.
3. Langkah ini bertujuan mengurangkan tekanan operasi dan membantu peniaga kecil terus bertahan dalam keadaan ekonomi yang masih mencabar.
4. Peniaga kecil tidak patut dibiarkan berjuang sendirian ketika cabaran kos sara hidup terus dirasai rakyat
5. Bagi melayakkan mereka menikmati pengurangan kadar sewa ini, peniaga yang terlibat perlu menyelesaikan tunggakan sewa sehingga Mei 2026. Langkah ini juga memberi peluang kepada mereka untuk menyusun semula komitmen sewaan secara lebih stabil dan mampan.
6. Peniaga digalakkan untuk menyediakan kadar khas atau diskaun bagi pelanggan yang
melaksanakan inisiatif berikut:
i. Mengurangkan gula dalam makanan
ii. Menyokong Putrajaya Bebas Plastik Sekali Guna ; dan
iii. Kadar khas / diskaun kepada warga emas
7. Semua gerai di Medan Selera Presint 9 bersetuju memberikan diskaun sebanyak 10 hingga 15 peratus kepada pelanggan warga emas sebagai menyokong pengumuman ini.
YB Hannah Yeoh
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
25 Mei 2026