Page 27 - Demo
P. 27
PROSES DAN METODOLOGI PEMBENTUKAN PELAN TINDAKAN WILAYAH PERSEKUTUAN 2025-2030EMAS-WP 2025%u20132030 dibangunkan melalui proses kolaboratif dan perundingan menyeluruh yang dipacu oleh pemikir terkemuka Malaysia. Lebih daripada 1,500 pihak berkepentingan dan individu telah terlibat secara langsung dalam memberikan input, cadangan dan maklum balas yang konstruktif sepanjang tempoh penyediaan pelan ini. Pihak berkepentingan yang terlibat merangkumi pelbagai segmen masyarakat, termasuk pakar, warga emas sendiri, penjaga warga emas, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan komuniti, kakitangan agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), wakil badan industri, sektor swasta, orang awam dan agensi berkepentingan. Proses pembangunan pelan tindakan ini dimulakan dengan langkah meneliti secara komprehensif status semasa warga emas di Wilayah Persekutuan melalui pelbagai kaedah pengumpulan data, kajian lapangan, tinjauan persepsi, semakan literatur, serta sesi libat urus bersama pihak berkepentingan. Pendekatan bersepadu ini memastikan setiap perspektif dan suara yang relevan diberi ruang dalam merangka strategi yang lebih inklusif dan berkesan. 115 dokumen rujukan tempatan dan antarabangsa telah diteliti, termasuk dasar, pelan tindakan, laporan kajian, garis panduan serta amalan terbaik dalam bidang penuaan aktif dan kesejahteraan warga emas. Analisis terperinci yang dijalankan telah mengenal pasti isu, cabaran serta risiko utama yang dihadapi oleh warga emas, bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga dalam konteks global. Selain itu, analisis ini turut menekankan potensi, peluang dan masa hadapan warga emas di Wilayah Persekutuan sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan bandar raya mampan. Secara keseluruhannya, pembangunan EMAS-WP 2025%u20132030 telah melalui tiga fasa utama:Pendekatan pembangunan yang inklusif, berasaskan bukti dan kolaboratif ini menjadi asas kukuh kepada EMAS-WP 2025%u20132030 sebagai dokumen dasar yang komprehensif dan relevan untuk memastikan kesejahteraan warga emas terus diperkasa dalam persekitaran Wilayah Persekutuan yang semakin mencabar dan dinamik.Fasa 1Semakan, penilaian dan analisis serta konseptualisasi 5 LonjakanFasa 2Pengumpulan Data dan Libat Urus Pihak BerkepentinganFasa 3PemuktamadanEMAS 2025-2030Pemahaman mendalam tentang dasar dan status semasa melalui kajian literatur, semakan dokumen sedia ada dan analisis data sekunder serta merangka kerangka EMAS 2025-2030.Pelaksanaan tinjauan dan sesi libat urus bersama warga emas, penjaga, pakar, NGO, agensi kerajaan dan sektor swasta bagi mengenal pasti isu, cadangan strategi, inisiatif dan program yang sesuai.Penyusunan strategi, inisiatif dan langkah tindakan secara sistematik berdasarkan penemuan analisis, diikuti proses penilaian semula bagi memastikan kesesuaian, keberkesanan dan kebolehlaksanaan setiap cadangan tindakan.16

