Page 21 - Demo
P. 21


                                    Agenda penuaan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) memberi penekanan kepada persediaan Malaysia menuju status negara tua menjelang 2043 dengan menekankan pembangunan ekosistem yang inklusif, mampan dan berdaya tahan. RMK13 menekankan empat strategi utama, iaitu memperkukuh ekosistem penjagaan jangka panjang (LTC), memperkasakan pasaran buruh, kemahiran dan pendidikan, menyesuaikan keutamaan fiskal serta menambah baik perlindungan sosial, dan meningkatkan kesejahteraan warga berusia. Pelbagai inisiatif dirangka untuk memastikan perlindungan sosial, penjagaan kesihatan dan peluang ekonomi warga emas ditambah baik, termasuk insentif kepada penjaga, pembangunan pusat komuniti mesra warga emas, serta penggunaan teknologi pintar dalam pemantauan dan penjagaan. Selain itu, RMK13 turut menekankan kepentingan pendidikan sepanjang hayat, penglibatan komuniti, serta reformasi dasar berkaitan persaraan bagi mengurangkan tekanan terhadap sistem perlindungan sosial negara. Usaha ini dijangka bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan warga emas, tetapi juga mengoptimumkan sumbangan mereka dalam pembangunan sosioekonomi negara secara menyeluruh.Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026-2030Dasar Sosial Negara 2030Dasar Sosial Negara 2030 merupakan rangka dasar holistik yang digubal untuk membina masyarakat yang inklusif, sejahtera dan berdaya tahan berlandaskan prinsip kesaksamaan, keadilan sosial dan kelestarian. Dasar ini memberi tumpuan kepada perlindungan sosial menyeluruh merentasi semua kumpulan demografi, termasuk warga emas, dengan memberi penekanan kepada pemerkasaan, penjagaan, penyertaan aktif dalam masyarakat serta jaminan kesejahteraan hidup. Bagi warga emas, dasar ini memperkukuh sokongan melalui inisiatif seperti pengukuhan sistem perlindungan sosial, penyediaan persekitaran mesra umur, peluang pembelajaran sepanjang hayat, sokongan kesihatan dan penjagaan jangka panjang. Perkaitannya dengan warga emas jelas apabila dasar ini menempatkan penuaan aktif dan produktif sebagai salah satu teras utama, sekali gus memastikan golongan ini tidak terpinggir dalam arus pembangunan dan terus menyumbang kepada masyarakat secara bermakna.10
                                
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25