Page 24 - Demo
P. 24


                                    Rangka kerja %u201cWHO Age Friendly Cities%u201d menggariskan pendekatan menyeluruh bagi mewujudkan bandar yang mesra usia, berasaskan konsep %u201cactive ageing%u201d yang menekankan peluang kesihatan, penyertaan dan keselamatan untuk meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan warga emas.Melalui pendekatan dari bawah ke atas, warga emas dilibatkan secara langsung dalam mengenal pasti ciri-ciri persekitaran bandar yang menyokong mereka, termasuk aspek seperti kemudahan awam, perumahan, pengangkutan, komunikasi, sokongan komuniti dan penyertaan sosial. Rangka kerja ini menekankan bahawa bandar mesra usia bukan sahaja memberi manfaat kepada warga emas, tetapi juga kepada semua lapisan masyarakat, serta mampu meningkatkan integrasi sosial, mobiliti bebas halangan, keselamatan dan keterangkuman antara generasi, menjadikannya asas penting dalam merancang komuniti lestari di era penuaan.Global Age-friendly Cities: A GuideISBN 978 92 4 154730 7Agenda Perbandaran Baharu ()Agenda Perbandaran Baharu yang digariskan dalam Persidangan Habitat III PBB 2016 menekankan pemerkasaan warga emas melalui komitmen global terhadap perancangan bandar yang inklusif, adil dan berdaya tahan. Beberapa peruntukan utama termasuk usaha menangani diskriminasi pelbagai bentuk (NUA 20), memastikan akses saksama terhadap infrastruktur dan kemudahan asas bandar (NUA 34), serta memperkukuh kapasiti kerajaan sub-nasional dan tempatan bagi merancang pembangunan bandar yang sensitif kepada keperluan warga emas (NUA 42, 134, 148). Selain itu, agenda ini turut menyeru penglibatan warga emas dalam proses membuat keputusan (NUA 155), serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat untuk meningkatkan keterlibatan, keselamatan dan kesejahteraan warga emas dalam persekitaran bandar (NUA 156). Keseluruhan agenda ini mencerminkan usaha global untuk menjadikan bandar sebagai ruang hidup yang mesra umur, inklusif dan menyokong penuaan aktif serta bermaruah.13
                                
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28