Page 31 - Demo
P. 31


                                    KESIHATANBerdasarkan Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS 2018: Elderly Health) yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia, status kesihatan warga emas di Malaysia menunjukkan kebimbangan yang serius. Dalam kalangan penyakit tidak berjangkit, sebanyak 27.7% warga emas mengalami diabetes, 55.1% menghidap hipertensi dan 41.8% mengalami hipercolesterolemia. Dari segi status pemakanan, 38.8% warga emas dikenal pasti mengalami malnutrisi manakala 10.4% berdepan masalah keselamatan makanan (%u2018food insecurity%u2019). Kajian turut mendedahkan sindrom geriatrik yang membimbangkan, dengan 8.5% berkemungkinan mengalami demensia, 11.1% mempunyai tanda kemurungan, 15% berisiko jatuh dan 6.3% mengalami masalah kawalan kencing. Dari aspek kefungsian, 17% warga emas memerlukan pertolongan dalam menjalankan aktiviti harian, manakala 41.9% memerlukan bantuan dalam aktiviti instrumental harian. Statistik ini menunjukkan keperluan mendesak untuk perkhidmatan kesihatan, sosial dan komuniti yang lebih menyeluruh serta mesra usia bagi memastikan kesejahteraan warga emas terus terjamin.01Penyakit Tak Berjangkit02Penyakit Tak Berjangkit04Status Kefungsian03Sindrom Geriatrik22.7%38.8%17%8.5%6.3%55.1%10.4%41.9%11.1%15%41.8%Mengalami DiabetesMengalami MalnutrisiMemerlukan pertolongan untuk aktiviti harianBerkemungkinan DimensiaMempunyai masalah %u2018urine incontinence%u2019Mengalami HipertensiBermasalah %u2018Food Insecurity%u2019Memerlukan bantuan untuk aktiviti instrumental kehidupanMempunyai tanda kemurunganBerisiko jatuhMengalami Hipercholesterolemia20
                                
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35