Page 25 - Demo
P. 25
Sustainable Development Goals (SDGs) yang berkaitan dengan pemerkasaan warga emas menekankan keperluan untuk mewujudkan masyarakat yang inklusif, selamat dan mesra usia menjelang tahun 2030. SDG 2.2 menekankan penghapusan semua bentuk malnutrisi, termasuk memenuhi keperluan pemakanan golongan rentan seperti warga emas. SDG 4.7 pula menggalakkan pendidikan untuk pembangunan mampan yang merangkumi hak asasi manusia, kesaksamaan jantina, kewarganegaraan global dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya, yang turut memberi manfaat kepada warga emas sebagai anggota masyarakat berpengetahuan. Seterusnya, SDG 11.2 menyasarkan akses kepada sistem pengangkutan awam yang selamat, mampu milik dan mudah diakses oleh semua, termasuk warga emas, manakala SDG 11.7 menekankan penyediaan ruang awam hijau yang inklusif dan mudah diakses oleh golongan wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas. Kesemua matlamat ini secara langsung menyokong keperluan warga emas dalam mewujudkan persekitaran hidup yang lebih sejahtera, selamat dan menyokong penuaan aktif.14

