Page 23 - Demo
P. 23
Pelan tindakan strategik ini bertujuan untuk mewujudkan tindakan berasaskan bukti bagi memaksimumkan keupayaan fungsi individu sepanjang hayat dan menyediakan bukti serta perkongsian yang diperlukan menjelang tahun 2030 bagi menyokong Dekad Penuaan Sihat 2021%u20132030. Ia merupakan langkah penting dalam membina kerangka kerja antarabangsa dengan kerjasama negara anggota dan rakan strategik WHO, bagi memastikan semua individu dapat menikmati kehidupan yang panjang dan sihat. Lima objektif strategik utama pelan ini merangkumi: komitmen untuk bertindak terhadap penuaan sihat di setiap negara; pembangunan persekitaran yang sesuai dengan usia; penyelarasan sistem kesihatan mengikut keperluan populasi lebih tua; pembentukan sistem penjagaan jangka panjang yang lestari dan adil merangkumi rumah, komuniti dan institusi; serta peningkatan terhadap aspek pengukuran, pemantauan dan penyelidikan berkaitan penuaan sihat.Decades of Healthy Ageing 2021%u20132030 merupakan pelan tindakan yang dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai komitmen global dalam menangani isu penuaan sihat sejajar dengan The Global Strategy and Action Plan on Ageing and Health oleh WHO. Pelan ini memfokuskan kepada empat perkara utama, iaitu: mengubah cara pemikiran, perasaan dan bertindak terhadap usia dan penuaan; memastikan komuniti memanfaatkan sepenuhnya kebolehan dan potensi warga emas; menyampaikan penjagaan kesihatan primer yang responsif dan sesuai untuk keperluan warga emas; serta menyediakan akses kepada penjagaan jangka panjang bagi warga emas yang memerlukannya. Keempat-empat fokus ini bertujuan membina masyarakat yang lebih inklusif dan menyokong penuaan yang sihat dan bermaruah.12

