Page 22 - Demo
P. 22


                                    Pelan Struktur dan Pelan Tempatan Pihak Berkuasa Tempatan Wilayah PersekutuanPelan Struktur dan Pelan Tempatan yang dirangka oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Wilayah Persekutuan memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan bandar yang inklusif dan mesra usia. Dokumen perancangan ini menetapkan garis panduan bagi penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan yang menyokong penuaan aktif seperti kemudahan awam yang mudah diakses, perumahan yang sesuai, serta ruang rekreasi yang selamat dan kondusif. Inisiatif ini selaras dengan usaha Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) yang sedang membangunkan pelan tindakan khas untuk warga emas, bertujuan meningkatkan kualiti hidup golongan ini dalam menghadapi cabaran negara menua menjelang 2030. Melalui pendekatan bersepadu ini, PBT di Wilayah Persekutuan berusaha memastikan warga emas dapat terus hidup berdikari, terlibat dalam komuniti dan menikmati kualiti hidup yang tinggi.Pelan Hala tuju CHASE City 2025-2029Pelan Hala Tuju CHASE City 2025%u20132029, yang diselaraskan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan, bertujuan membentuk bandar raya Wilayah Persekutuan yang mampan, inklusif dan berdaya huni untuk semua lapisan masyarakat, termasuk warga emas. Pelan ini menekankan pembangunan infrastruktur mesra usia, seperti penyediaan ruang awam yang selamat dan mudah diakses, sistem pengangkutan awam yang mesra pengguna, serta kemudahan penjagaan kesihatan dan sosial yang menyokong penuaan aktif.Misi utama ialah menjadikan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) sebagai CHASE City yang merangkumi CLEAN City (bandar bersih), HEALTHY City (bandar sihat), ADVANCE City (bandar maju), SAFE City(bandar selamat) dan ECO FRIENDLY City (bandar mesra alam). Dalam konteks warga emas, bandar bersih dan mesra alam dapat memberikan persekitaran yang lebih sihat dan selesa untuk menjalani kehidupan harian; bandar sihat pula memastikan akses kepada penjagaan kesihatan dan kemudahan rekreasi yang menyokong kesejahteraan fizikal dan mental; bandar maju memberi peluang kepada warga emas untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi dan sosial berasaskan teknologi; manakala bandar selamat memberi jaminan terhadap keselamatan fizikal dan sosial warga emas dalam komuniti bandar. Pendekatan bersepadu ini berupaya mewujudkan bandar yang bukan sahaja mesra usia, tetapi juga memperkasa warga emas agar terus aktif, berdikari dan dihargai dalam arus pembangunan negara selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.11
                                
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26