Page 20 - Demo
P. 20
Dasar Kesihatan Warga Emas Negara 2008 digubal bagi memastikan warga emas menerima perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh, mudah diakses, berkualiti dan mesra warga emas, merangkumi aspek pencegahan, rawatan, pemulihan dan penjagaan jangka panjang yang berorientasikan komuniti.Sebagai kesinambungan kepada dasar ini, Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas 2023%u20132030 telah diperkenalkan dengan fokus kepada enam strategi utama iaitu memperkukuh dasar dan tadbir urus, memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan berasaskan komuniti, meningkatkan kualiti penjagaan klinikal, memperkasa penjagaan jangka panjang, memperkukuh kapasiti sumber manusia dalam geriatrik serta memantapkan sistem maklumat dan penyelidikan berkaitan penuaan. Gabungan dasar dan pelan tindakan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam menyediakan sistem kesihatan yang responsif, bersepadu dan mampan bagi menjamin kesejahteraan warga emas secara holistik selaras dengan keperluan populasi yang semakin menua.Agenda Negara Menua yang diselaras oleh Kementerian Ekonomi, merupakan satu inisiatif strategik negara bagi menangani cabaran dan memanfaatkan peluang daripada fenomena penuaan penduduk yang kian pesat. Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) bersetuju agar mekanisme mengarus perdana agenda negara menua dan satu rangka tindakan Agenda Negara Menua yang akan diselaraskan oleh Kementerian Ekonomi. Agenda ini bertujuan merangka dasar rentas sektor yang komprehensif dan berdaya tahan untuk memastikan kesejahteraan warga emas dalam pelbagai dimensi kehidupan, termasuk kesihatan, perlindungan sosial, perumahan, penjagaan jangka panjang, mobiliti, pembelajaran sepanjang hayat dan penyertaan ekonomi. Melalui penyelarasan ini, pendekatan holistik dan inklusif dirancang dengan melibatkan kerjasama pelbagai kementerian, agensi kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sivil agar Malaysia bersedia menjadi negara menua menjelang 2030 dengan sistem sokongan yang kukuh, berdaya saing dan berpaksikan prinsip pembangunan sejahtera untuk semua peringkat umur.Dasar Kesihatan Warga Emas Negara, 2008 & Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas 2023-2030Agenda Negara Menua, Kementerian Ekonomi9

