📚 DARI KOTA BHARU KE PUTRAJAYA!
02 Oktober 2026
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menerima kunjungan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu (PPDKB) bersama Kerjasama MPSMBK menerusi Lawatan Penandaarasan Amalan Baik ke JWP.
YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, turut hadir mewakili JWP bagi menerima kunjungan tersebut.
Lawatan ini menjadi ruang perkongsian pengalaman, pertukaran pandangan serta amalan baik antara kedua-dua pihak, di samping memperkukuh jaringan kerjasama dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.
Semoga perkongsian yang terjalin dapat memberi manfaat dan membuka lebih banyak ruang kerjasama pada masa akan datang. 🤝📚