Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


🏡 MENYELAMI KEUNIKAN KAMPUNG PATAU-PATAU DUA, LABUAN 🌊

Program Media Familiarisation Trip (FAMTrip) ke Wilayah Persekutuan Labuan memberi peluang kepada pengamal media mengenali kehidupan masyarakat nelayan serta menghayati keunikan budaya dan tradisi penduduk Kampung Patau-Patau Dua menerusi aktiviti memancing, mengangkat bubu ketam dan rewang. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Zon Labuan bagi mengetengahkan potensi pelancongan komuniti, membuka peluang ekonomi kepada penduduk serta memelihara warisan masyarakat setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Kampung Patau-Patau Dua serta MPPWP Zon Labuan atas sambutan mesra dan kerjasama yang diberikan. ❤️
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi), Jabatan Wilayah Persekutuan; YBrs. Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan; YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd. Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan; serta YBrs. Encik S. Roslee bin Matusin, Pengerusi MPPWP Zon Labuan.