Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


OPERASI KL STRIKE FORCE: TANGANI ISU ORANG PAPA DAN KANAK-KANAK

Isu gelandangan tidak lagi asing di ibu kota kita. Justeru, tindakan bersepadu dan berterusan antara agensi diperlukan bagi memastikan golongan orang papa dan kanak-kanak yang berada di kawasan “hotspot” sekitar Kuala Lumpur dikenal pasti serta menerima intervensi yang sewajarnya.
YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) turun padang menyertai Operasi KL Strike Force Bagi Aktiviti Orang Papa dan Kanak-Kanak yang diketuai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta agensi sahabat.
Operasi yang dilaksanakan di beberapa lokasi “hotspot” sekitar Kuala Lumpur ini memberi tumpuan kepada usaha mengesan, menyantuni, mengenal pasti keperluan serta melaksanakan tindakan intervensi terhadap golongan yang memerlukan.
Kerjasama rentas agensi ini akan terus diperkukuh bagi memastikan kebajikan golongan rentan diberi perhatian serta isu sosial di ibu kota ditangani secara bersepadu, berterusan dan berkesan.
Turut hadir, YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) JWP.