Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MPPWP PENGHUBUNG SUARA KOMUNITI DAN KERAJAAN

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Peringkat Pusat Bil. 2/2026 pada hari ini di WP Kuala Lumpur.
Mesyuarat ini menjadi platform penyelarasan pengurusan MPPWP, meliputi aspek kewangan, pelaporan program komuniti serta isu-isu dan keperluan setempat di kawasan Parlimen masing-masing.
Komitmen berterusan JWP dan MPPWP dalam memperkukuh kerjasama serta penyelarasan antara kerajaan dan masyarakat setempat adalah demi memastikan isu dan keperluan penduduk Wilayah Persekutuan terus diberi perhatian.
Turut hadir, YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Sosio Ekonomi) JWP, YBhg. Dato' Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi DBKL, YBrs. Tuan Hj. Rithuan bin Hj. Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan serta Pengerusi MPPWP Zon bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.