BAF 2026 LABUHKAN TIRAI DENGAN SAMBUTAN YANG MERIAH✨
27 September 2026
Borneo Arts Festival (BAF) 2026 melabuhkan tirai dengan sambutan yang menggalakkan apabila lebih 30,000 pengunjung hadir sepanjang penganjuran festival seni dan budaya di Labuan.
Sepanjang penganjuran, BAF 2026 menampilkan pelbagai pengisian seni, budaya, muzik dan kreativiti yang mengetengahkan kepelbagaian warisan Borneo serta bakat tempatan.
Majlis penutupan BAF 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Kehadiran pengunjung ini mencerminkan sokongan masyarakat terhadap usaha memperkasa seni dan budaya, sekali gus memperkukuh peranan BAF sebagai platform yang menghimpunkan penggiat seni, komuniti kreatif dan pencinta budaya dari dalam serta luar negara.
Penganjuran festival ini turut membuka ruang untuk memperkenalkan keunikan seni dan warisan Borneo kepada khalayak yang lebih luas, di samping mempromosikan Labuan sebagai destinasi pelancongan seni dan budaya.
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan BAF 2026. Semoga festival ini terus menjadi wadah dalam mengangkat seni, budaya dan kreativiti Borneo ke peringkat yang lebih tinggi.
Kredit foto: BES Labuan