Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


85% PENURUNAN CAJ PENYERTAAN BAZAR DEEPAVALI 2026 🪔

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengumumkan penurunan kira-kira 85% caj penyertaan Bazar Deepavali 2026 WP Kuala Lumpur iaitu pengurangkan jumlah bayaran maksimum kepada RM400, berbanding RM2,626 pada tahun lalu. Bayaran RM400 ini merangkumi fi lesen RM30, caj perkhidmatan RM150, sewa tapak RM150 dan cagaran RM70. Tempoh bazar turut dipanjangkan daripada 21 hari kepada 30 hari, iaitu dari 9 Oktober hingga 7 November 2026. Tahun ini, sebanyak 172 petak niaga disediakan di dua lokasi utama, iaitu Kompleks Tun Sambanthan menerusi konsep Mega Bazar Deepavali dan Jalan Bunus 6, Masjid India. Jumlah ini meningkat berbanding 164 petak pada tahun lalu, sekali gus memberi lebih banyak peluang kepada penjaja untuk menjalankan perniagaan sepanjang sambutan Deepavali 🛍️✨ Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pengurangan kos penyertaan, tempoh berniaga yang lebih panjang serta pembukaan lebih banyak peluang perniagaan kepada penjaja. Turut hadir, YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.