YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) merangkap Penaung Persatuan Kebajikan dan Sukan Wilayah Persekutuan (KESWIP) merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-19 KESWIP pada 21 September 2026 bertempat di Dewan Serbaguna JWP.
Mesyuarat ini menjadi platform untuk membentangkan laporan aktiviti dan kewangan, membincangkan usul ahli serta memperincikan perancangan dan hala tuju KESWIP.
Turut diadakan penyerahan sumbangan kebajikan, cabutan bertuah serta pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2026–2028.
Terima kasih kepada seluruh ahli KESWIP atas kehadiran dan sokongan yang diberikan serta tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa baharu yang dilantik.
Semoga KESWIP terus menjadi wadah yang memperkukuh kebajikan, semangat kebersamaan dan hubungan erat dalam kalangan warga JWP 🤝💙