YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merasmikan Majlis Transformasi Penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi (KIB) di Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur.
Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh sistem pengendalian makanan bandar agar lebih bersih, selamat dan berkualiti, selain membantu mengurangkan pembaziran serta meningkatkan kecekapan operasi pasar borong.
YB Hannah Yeoh turut mengadakan sesi turun padang bagi meninjau suasana dan operasi di sekitar Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur yang menjadi nadi penting bekalan makanan warga kota.
Turut hadir, YB Prabakaran, Ahli Parlimen Batu, YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta pengarah-pengarah kanan DBKL.