Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


🎓 MEMPERKASA TVET, MEMBINA TENAGA KERJA MAHIR LABUAN

Usaha memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Wilayah Persekutuan Labuan terus diperkasa bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir yang selari dengan kehendak industri.

YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), mengetuai delegasi Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dalam kunjungan hormat kepada YBhg. Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), bagi membincangkan agenda pembangunan TVET di Labuan.

Perbincangan ini memberi fokus kepada kerjasama strategik antara kerajaan, UMS dan industri dalam membangunkan program kemahiran yang memenuhi keperluan sebenar industri serta melahirkan tenaga kerja tempatan yang kompeten dan berdaya saing.

Usaha ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang latihan, peningkatan kemahiran dan pekerjaan kepada rakyat tempatan, sekali gus menyokong pertumbuhan sosioekonomi Wilayah Persekutuan Labuan. 💪🏼