Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MEMPERKUKUH SISTEM PENGANGKUTAN DAN KESALINGHUBUNGAN SABAH DAN LABUAN – MENELITI PENDEKATAN DAN PENYELESAIAN MENYELURUH

Usaha ini dilaksanakan susulan isu-isu strategik yang dibangkitkan melalui Labuan Industry Task Force (LITF), khususnya berkaitan pengangkutan, kesalinghubungan dan pergerakan antara Sabah dan Labuan.

Bagi membincangkan perkara tersebut, YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Pengangkutan dan Kerja Raya Sabah, bersama delegasi daripada Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Perbadanan Labuan (PL).

Beberapa isu berkaitan pengangkutan yang melibatkan kepentingan bersama Sabah dan Labuan telah dibincangkan, termasuk perkara yang memerlukan penyelarasan lanjut antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

Perbincangan ini akan diteruskan melalui sesi teknikal dan tindakan susulan bagi memastikan isu-isu yang dibangkitkan dapat ditangani secara lebih menyeluruh dan berkesan.