Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


SEKITAR SESI PENJURIAN ANUGERAH ASPIRASI AGROKOMUNITI MADANI WILAYAH PERSEKUTUAN DI LABUAN SEMPENA MAHA 2026

Semangat kelestarian dan keterjaminan makanan terus mekar di Wilayah Persekutuan Labuan! 🌱 Panel penilai Anugerah Aspirasi Agrokomuniti MADANI Wilayah Persekutuan telah mengadakan sesi penjurian di Labuan bagi menilai dua pencalonan yang berpotensi, iaitu SK St. Anne’s Labuan dan Kebun Komuniti Kampung Belukut. Sesi penjurian diketuai oleh YBhg. Dato’ Mohd. Zulkifli bin Hashim, Timbalan Pengarah, Bahagian Sosio Ekonomi, Jabatan Wilayah Persekutuan, bersama wakil UPM, Jabatan Pertanian Malaysia dan pegawai Jabatan Wilayah Persekutuan. Kedua-dua lokasi ini menampilkan usaha dan komitmen dalam memperkukuh kelestarian, pertanian komuniti serta keterjaminan makanan di Labuan. 🌱 Semoga inisiatif agrokomuniti di Wilayah Persekutuan terus berkembang dan menjadi inspirasi kepada lebih banyak komuniti. 💚