YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBrs. Tuan Haji Rithuan Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan menyempurnakan detik pelepasan peserta, sekali gus menandakan bermulanya cabaran Pulau Papan Kayak Mini Marathon sejauh 7KM sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2026.
Acara ini menjadi platform menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti sukan air di samping mempromosikan gaya hidup sihat. Keindahan perairan Labuan yang menjadi laluan utama pertandingan turut menyerlahkan potensi pulau ini sebagai destinasi pelancongan maritim yang berdaya saing.
Turut hadir bersama-sama semasa acara pelepasan tersebut ialah YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, serta YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, bersama pegawai kanan Perbadanan Labuan.