TINJAUAN SEGERA BUKIT KIARA, KESELAMATAN PENDUDUK DIUTAMAKAN.
19 April 2026
YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, turun ke Bukit Kiara bagi meninjau insiden banjir lumpur yang berlaku susulan projek pembangunan cerun di kawasan tersebut, sekali gus mengarahkan tindakan segera diambil demi keselamatan penduduk setempat.
Antara langkah yang dilaksanakan termasuk pengeluaran perintah henti kerja serta-merta, operasi pembersihan bersama agensi terlibat, penambahbaikan sistem kawalan aliran air dan penubuhan pusat kawalan bagi menyelaras operasi di lokasi kejadian.
Semoga tindakan pantas ini dapat memastikan risiko kejadian berulang dapat dielakkan serta menjamin keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman penduduk sekitar.