YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi), Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) mengetuai Sekretariat Kerja Program Road to MAHA (RTMAHA) Labuan 2026 membentangkan cadangan penyertaan Kerajaan Negeri Sarawak melalui M-FICORD ke Program Road to MAHA (RTMAHA) Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Jabatan Wilayah Persekutuan turut menjemput YBhg. Datu Sirai Anak Daha bersama pegawai terlibat untuk turut hadir ke RTMAHA Labuan 2026. Usaha ini untuk mendapatkan penglibatan Kerajaan Negeri Sarawak dan M-FICORD dalam mempromosikan hasil dan produk pertanian dari Sarawak kepada para pengunjung di Labuan kelak.
Pada masa yang sama, turut dibincangkan adalah untuk menggalakkan penyertaan dan kehadiran pemain-pemain industri dari sektor agromakanan dan pertanian Sarawak untuk membantu meningkatkan pengeluaran hasil makanan di Labuan melalui potensi kerjasama strategik _business to business_ (B2B) matching dan inisiatif-inisiatif lain.
Turut hadir pada sesi kunjungan hormat tersebut adalah YBhg. Dato' Mohd Zulkfili bin Hashim, Timbalan Pengarah, Bahagian Sosio Ekonomi, JWP.