Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


SELEPAS 44 TAHUN, PENYELESAIAN RUMAH PANJANG BUKIT KIARA AKHIRNYA DIREALISASIKAN

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal bagi Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, sekali gus menandakan bermulanya satu lembaran baharu buat komuniti yang telah menanti lebih 44 tahun untuk menikmati kediaman yang dijanjikan.
Bagi penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, detik ini bukan sekadar majlis pecah tanah, tetapi simbol kepada harapan yang akhirnya menjadi kenyataan selepas penantian yang panjang. Ia mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela menerusi penyediaan perumahan yang lebih selesa, terancang dan mampan.
Turut hadir YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Puan Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBrs. Encik Sivakumar Muniandy, Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara dan YBrs. Encik Ahmad Lazri Long Ahmad, Pengarah Memang Perkasa Sdn. Bhd.