Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


JWP DAN AKRAB PERKASA AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN WARGA KERJA

Bahagian Khidmat Pengurusan dengan kerjasama AKRAB Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah menganjurkan Program Galakan Membaca: Membaca Sebagai Terapi, Ilmu Sebagai Inspirasi bagi menyokong Agenda Dekad Membaca (DMK) 2020-2030 pada tahun 2026. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan literasi membaca, berkongsi ilmu dan pengetahuan serta melahirkan warga yang berfikiran kritis
Program ini telah dihadiri seramai 80 orang oleh ahli AKRAB Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi serta warga Jabatan Wilayah Persekutuan.
Program menekankan amalan membaca secara konsisten dapat membantu meningkatkan pemahaman, perbendaharaan kata dan keupayaan membuat keputusan. Membaca juga bukan sekadar menambah ilmu, tetapi membentuk minda yang lebih bijak, jiwa yang lebih tenang dan kerjaya yang lebih cemerlang.