YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan bersama-sama YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan turun padang bagi meninjau keadaan Bulatan Merdeka yang kini kembali beroperasi seperti sediakala bermula jam 6.00 pagi, 14 Mac 2026.
Peninjauan ini bertujuan memastikan kelancaran aliran trafik serta keselesaan pengguna jalan raya selepas pelaksanaan kerja-kerja yang berkaitan. Orang ramai turut diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya, bertimbang rasa dan mengamalkan sikap toleransi, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan yang bakal tiba.
Semoga usaha yang dilaksanakan ini memberi manfaat kepada semua pengguna jalan raya di Wilayah Persekutuan Labuan.