YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) memaklumkan bahawa kerja penurapan jalan akan dilaksanakan secara menyeluruh di semua 51 kawasan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) seliaan DBKL di Kuala Lumpur.
Sebanyak RM300 juta diperuntukkan khusus bagi kerja-kerja penyelenggaraan termasuk penurapan jalan bagi memastikan kemudahan infrastruktur di kawasan perumahan awam sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk penduduk.
Bagi suku pertama tahun 2026, kerja penurapan jalan telah siap dilaksanakan di tujuh lokasi iaitu PPR Beringin, PPR Wahyu, PPR Gombak Setia, PPR Hiliran Ampang, PPR Air Panas, PA Hang Tuah dan PA Seri Perlis 1.
Dua lagi lokasi yang sedang dalam pelaksanaan ialah PPR Sungai Bonus dan PPR Seri Malaysia.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dan DBKL dalam memastikan warga PA dan PPR menikmati persekitaran kediaman yang lebih selamat, selesa dan berkualiti.
Turut hadir ialah YB Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang serta YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.