Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MESYUARAT PENYELARASAN PRESTASI KERANGKA OBB 2026 & PENYEDIAAN KERANGKA OBB 2027 JWP

YBrs. Puan Farah Adura Binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan) Jabatan Wilayah Persekutuan, telah merasmikan Mesyuarat Penyelarasan Prestasi Kerangka Outcome Based Budgeting (OBB) 2026 dan Penyediaan Kerangka OBB 2027 JWP yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mac 2026.
Mesyuarat yang melibatkan seramai 32 orang pegawai daripada pelbagai Bahagian dan Agensi JWP ini bertujuan untuk menyelaras dan menilai prestasi pelaksanaan kerangka OBB bagi tahun 2026 di samping memperkukuh penyediaan kerangka baharu OBB 2027 sebagai asas kepada permohonan bajet tahun 2027.
Perbincangan turut memberi penekanan terhadap penjajaran perancangan strategik, keberhasilan program serta pengukuhan indikator prestasi supaya setiap peruntukan yang dipohon adalah berasaskan outcome yang jelas dan berimpak tinggi.
Langkah proaktif ini amat penting bagi memastikan setiap perancangan kewangan dan output jabatan benar-benar memberi impak yang nyata kepada kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan selaras dengan aspirasi penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berintegriti dan berfokuskan rakyat.